Profil Organisasi

PENGENALAN

Creative Warrior: Akademic Training & Consultancy merupakan institusi yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan yang bermutu dan berkualiti bersesuaian bagi setiap peringkat umur di negara ini. Matlamat kami adalah untuk membangunkan sumber manusia ke tahap yang lebih profesional seiring akhlak dan nilai-nilai murni yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ . Creative Warrior ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pelajar dan pekerja di Malaysia perlu sentiasa mengaudit rohani dan jasmani dari semasa ke semasa agar diri sentiasa berada dalam keadaan yang positif dan sentiasa bersedia menerima segala jenis rintangan hidup dalam apa jua keadaan. Selain itu, kami juga menawarkan pelajar dan pekerja latihan dan perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran serta kerja supaya lebih sistematik, cekap, bertanggungjawab dan lebih produktif. Usaha ini mampu dicapai melalui program-program latihan dan perundingan yang dirangka kami dengan barisan penceramah dan perunding latihan yang terlatih serta berpengalaman. Khidmat latihan dan perundingan kami dibuka bagi agensi-agensi kerajaan mahupun swasta, institusi kewangan dan perbankan, badan korporat, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

VISI

Betulkan maksud kehidupan dalam mentaati Allah dan Rasulullah ﷺ.

MISI

Matlamat kami adalah untuk membangunkan sumber manusia ke tahap yang lebih profesional seiring akhlak dan nilai-nilai murni yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ

FALSAFAH LATIHAN

  • Program-program latihan yang dirangka sesuai dengan keperluan setiap organisasi.
  • Latihan yang dikendalikan memberi kesan positif dari aspek rohani dan jasmani.
  • Creative Warrior akan memberikan latihan yang terunggul bagi merangsang perubahan individu secara menyeluruh (mental, fizikal, spiritual, emosi dan sosial).
  • Hanya orang yang POSITIF akan melaksanakan setiap tugasan tanpa sebarang alasan.
  • Program latihan akan dikendalikan oleh fasilitator dan barisan perunding latihan yang terlatih dan berpengalaman.
  • Peratus besar pemikiran manusia adalah negatif dan punca utamanya adalah rohani yang negatif. Latihan lebih tertumpu pada perubahan minda dan hati untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

PERUNDING LATIHAN UTAMA

Syed Putra Haizam

Perunding Latihan, Penceramah Motivasi, Penulis